Monday, March 28, 2011

**PERLU TAHU** NAK TAHU...??? KENA TAHU**




CIRI-CIRI WANITA DIMINATI LELAKI :

1. Jadi pendengar setia
*Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
*Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
*Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
*Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
*Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
*Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
*Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
*Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

*Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
*Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
*Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
*Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
*Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
*Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
*Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
*Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
*Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
*Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
*Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
*Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
*Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
*Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
*Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
*Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
*Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
*Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

**FITRAH AKU SEBAGAI MANUSIA BERGELAR "WANITA"**


LeLaki  iDAMan  SaYa…(^_^)

**Setiap wanita mesti mempunyai jejaka idaman hati...
Tipulah kalu xde kan…mesti ade punye..

**Ade kate nk laki2 yg hencem,macho la,kacak la,bergaya la,maskulin la,..

**Kalu blh nk mcm shah rukh khan,rain filem korea,kamal adli hero remaja kini..,dan mcm2 lagi..

** nk yg romantic la,pyayang la,caring la, hormat or tue la, baik,beriman,dan mcm2 adeee….

**Hurrmmm mmg xdpt dinafikan kite nk semua tue tp bkn sng nk dpt dlm dunia
Yg serba moden skrg nie…ade laki tp xmcm nk laki..yela Allah dah cipta sbg seorg lelaki sejati tampan lgi macho tp nk ubah jantina,,ade yg jd mcm makyah la,pondan la….ape2  jerrr nk ubh ciptaan Tuhan yg dh dikatakn
 “CUKUP INDAH” “PERFECT” xde cacat cela….Alhamdulillah….

  
 ~Ya Allah sesungguhnya
  Aku lemah tanpa petunjukMu
  Aku buta tanpa bimbinganMu
  Aku cacat tanpa hidayahMu
  Aku hina tanpa rahmatMu~

 
        ------------------------------------------------------


Lelaki idaman saya adalah…???
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…???
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…


Lelaki idaman saya adalah…???
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…???
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Lelaki idaman saya…???
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…


Lelaki idaman saya…???
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Lelaki idaman saya adalah…???
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…(^_^)



 ...CARILAH PASANGAN YG DPT MNDIDIK KITA KE JLN ALLAH S.W.T...
 ...PNDANGLAH KPD AKHLAKNYA , BUKAN PD PARAS RUPA SEMATA2...
...CINTA ITU BUTA..benarkah??? ...tepuk dada,tanya iamn....



     
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, March 23, 2011


……..Ia Belum berakhir……???
                                                                                   






STUDY…STUDY…STUDY…DAN…STUDY………
ARrrrhhhh!!!…..kdg2 mmg bosan bnyi perkataan “STUDY”..Org kedah kate naik meluat…

Mne xyerr dri umur bru sje nk jgkau 5thn dh dpksa p ke sekolah (TABIKA)..
BDk hingusan lagi,hngus pon msih meleleh,,mkn pon msih bersuap..dan ade lg yg msih minum susu botol…hehehe..

Tgk btape mude nye usia kite tp sudah di dedahkn dgn ILMU…
Dlm usia bgini ape yg bmain dminda kite hnya lah “BERMAIN”..PONDOk2 la,,aci kejor la,pondok2 la,, dan mcm2 lg main kanak2 pd usia bgni..
Msuk je TABIKA kite tlh diajar untuk mgenal agka,huruf…

A,B,C…Z….??
1.2.3…10…??
ALif.BA,,THA…YAa…??
Dgn knl ye smua huruf2,angka2 ini maka bermula ape yg dikatakn “ILMU”…


Ilmu sememangnye pnting dlm khidupan kita,tnpa ilmu mnusia hidup ibarat dlm kegelapan…

Kerana hnya dgn ilmu yg dpt memberi chya kpd khidupn yg mndtang…
tnpa berbekalkn ilmu didada maka Akn gelap lah masa depan..
dgn berbekalkn ilmu jua  manusia mmpu mnjdi insan yg cemerlang dlm hidup,.bkn sahaja di dunia malah khdupan di akhirat kelak..ilmu dunia dn akhirat (agama) haruslah seiring..

bak kata pepatah mnuntut ilmu biar smpi ke Negara China,,biar smpai ke liang lahad…

Justeru xdpt dinafikan btapa pntgnye ilmu….ILMU…ILMU…ILMU…..OH….ILMU…...

Dari Kcik hgga bsr  mak ayah selalu suruh kite pergi ke sekolah..
Untuk ape?? Ape faedahnye?? Tp kite…asyik merungut la,MNagis laaa...
,,dan mcm2 lg…

knpe ibu n bapa kite hntar kite ke sekolah??
Hnye satu alasan…iaitu untuk mnuntut ilmu…mak kite pasti akn pukul kite,rotan kite,cubit kite klu kite xnk p ke sekolah…
tu bkn bermkna mrk xsygkn kite..tp…2lah mknanye bhwa mrka sgt3 sygkn kite..mrk mahu kite mnjdi ank yg berguna,,,bkn shja kpd keluarga,malah kpd masyarakat,bgsa ,dan agama….

NAik je darjah satu kite diajar dgn bermcm2 ilmu…
Naik darjah dua,.ILMU lg…
Naik drjah tiga..ILMU lg…
Darjah empat…ILMU lg…
Darjah lima…pon ILMU jgk…
Darjah enam…ermmm…ILMU jugak…
Huhhhhhh…btpa dasyat yerr prnn ilmu dlm khdupan kite…

Kini kite mkin mmbesar atau dgelar alam “REMAJA”…
LG bermacam2 ilmu hrus kite terokaii…
Org ckp “nk seribu daya,xnk seribu dalih”,..”genggam bara api biar smpi jdi arang”…

Bila msuk je sekolah menengah kte di dedahkn dgn bermacam2 ilmu..
Ilmu sains,ilmu teknologi,sastera,dan bermacam2 lagi..

Waahhh betapa luasnye ilmu ALLAH s.w.t…kagumnye…sia2lah sesiapa yg xcube untuk mncari ilmu tersebut…

Ade hadis yg mgtakan seberapa luasnye air di lautan,cube ambil setitik dihujung jari kite…hnye sedikit itu ilmu yg kite milki walaupon kite mrsakan di dada kite pnuh dgn ilmu…nmun ilmu yg kite miliki tdk dpt mnndinggi ilmu ALLAH S.W.T…subhanallah….betapa luasnyerr ilmu ALLAH itu….

Justeru,,tuntut lah ilmu selagi kite berupaya untuk mndapatkannye…
Sia2 lah manusia yg mnsia2kan peluang yg telah diberikan oleh yg maha ESA kpdnye…sesungguhnye mnntut ilmu tiada titik nokhtah…
…………Ia masih belum berakhir……..(^_^)…


.....ajarlah & didiklah anak2mu..adik2mu...kawan2mu..saudara maramu...ahli keluargamu...jiran2u....dan sesiapa sahaja yg berada dsekeliling kamu untuk menuntut ilmu.... nescaya kamu juga akn mmperoleh kebaikan...di dunia dan di akhirat....aminnn.....
       
        ~~ILMU BEKALAN UNTUK MENUJU AKHIRAT~~
                                   ......jumpa lagi.....

Friday, March 18, 2011

**TaRikaNKU**..Aku mudah tERtarik kpD???#mcm2 adee#(^_^)





                  **WONDERFUL,SWEET LIFE**



 ****Setiap yg diciptakan Allah s.w.t didunia ini mesti mmpunyai tujuan & peranan tersendiri.. Aku sebenarnya mudah tertarik kpd bnda2 yg indah,yg aku rase dpt memberi ketenangan kpd driku…bukan shja apabila melihat tetapi  skdar mndgr pn aku mdh terpikat..…
Aku suke mgumpul kata2 hikmah xkira la yg berunsur nsihat, motivasi, kata2 romantis mahupun jenaka…….kata2 tersebut sememgnya mmberi motivasi & perangsang kpdku dlm mlyari n menempuhi hari2 yg mendatang…
Hurmmm ni contoh2 kata2 hikmah yg tlh aku kumpul..bgku kata2 ni yg plg mnrik dan aknku kongsi bsama2 ahli blog mahupun pgemar blog,mahupun mereka yg bru nk bjinak2 dgn blog……








 UDAHHH habiissssss...ni jerrr yg dpt dkongsiii...adee byk lg tp ni je yg plg aku sukee.....heeeeeeeeeeeee.......(^_^) PEACE!!! 






****AKu juga bminat dgr lagu2 brunsur nasyid…bgku lagu2 mcm ni dpt mmberi ktngn jiwa dsmping sbg nsihat….aku klu tgh resah n jiwa xtng aku suka mndgr lagu2 nasyid krn iramanya yg lmbut dpt merehatkn mindaku….aku suke dgr lagu nsyid yg didrndgkn oleh kmpulan nasyid tnh air sprt IN-TEAM,HIJJAZ,UNIC dan RABBANI….mereka adlh kmpuln nsyid tnh air yg plg aku suke….like3….he3…….
NIeeee antara lgu nsyid yg aku gemar…..suke sgt2….
**Khas untuk IBUKU yg TERCINTA**….
**ibu inah saaaaayggg sgt3 kt ibu**….MMuuuuAaahhH

*    Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...